Ciri-ciri stesen Stesen_Hang_Tuah

Sejarah

Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Laluan KL Monorail pula mula berkhidmat di stesen ini pada 31 Ogos 2003.[2]

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Imbi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Bukit Bintang City Center, pusat borong Kenanga Wholesale City, Masjid Al Bukhari, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, IPK Polis Kuala Lumpur, Victoria Institution (SMK Victoria) dan Kondominium Casa Residency.

Pelan stesen

L1
Platform Monorel
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
MR Arah Selatan KL Monorail menghala ke  MR1  KL Sentral (Maharajalela)
MR Arah Utara KL Monorail menghala ke  MR11  Titiwangsa (Imbi)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
MAras Legar MonorelMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT
GAras TanahPintu masuk/keluar, plaza stesen (mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar Monorel), hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
LG
Platform LRT
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Selatan Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Pudu)
Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Pudu)
AG/SP Arah Utara Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Plaza Rakyat)
Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Plaza Rakyat)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki: stesen LRT Hang Tuah dan stesen Monorel Hang Tuah. Stesen LRT Hang Tuah adalah stesen atas tanah dimana platform terletak di bawah aras legar yang berada di atas tanah. Stesen Monorel Hang Tuah pula adalah stesen atas tanah dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Sebuah laluan pejalan kaki disediakan menghubungkan kesemua platform di stesen Titiwangsa. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kedua-dua stesen.

Stesen LRT Hang Tuah mempunyai dua platform sisi di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling manakala stesen Monorel Hang Tuaah mempunyai dua platform sisi di atas Jalan Imbi untuk perkhidmatan KL Monorail.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 690 berkhidmat di stesen ini.